February 06, 2014

Asyura in Al Quran by Sheikh Imran Hossein

Sheikh Imran Hossein



Asyura ada disebutkan didalam Al-Quran. Hari pada 10 Muharram dimana umat Islam disunatkan berpuasa Asyura. Hukum asal puasa Asyura adalah wajib, namun ianya menjadi sunat setelah puasa wajib pada bulan Ramadhan diturunkan oleh Allah swt. Rasulullah saw ada bersabda puasa hari Asyura adalah antara puasa yang paling afdhal selepas puasa bulan Ramadhan.

Berikut adalah antara intipat dan isi penting didalam video bertajuk Asyura didalam Al-Quran ini yang disampaikan oleh Sheikh Imran Hosein.
- Kepentingan belajar dan mengkaji sejarah serta perjalanan hidup Nabi Musa a.s.
dan Bani Israel dizamannya dalam memahami perjalanan sejarah akhir zaman, 
bagaimana sejarah akan berakhir.

- Bagaimana Bani Israel boleh sampai ke Mesir?

- Siapa yang membawa Bani Israel ke Mesir?

- Siapakah yang menjadi pemerintah ketika Bani Israel dibawa ke Mesir?

- Dan dibahagian manakah di Mesir Bani Israel ini duduk? 

- Apakah maksud "Mim Shod Ro" didalam Al-Quran yang mempunyai kaitan dengan Asyura?

- Tanda-tanda kebenaran ajaran Nabi Musa a.s. yang diturunkan kepada Orang Mesir dan Firaun.

- Kemelut yang dihadapi oleh pengikut Nabi Musa a.s. terhadap rancangan nekad Firaun dan pengikutnya.

- Perintah Allah s.w.t kepada Nabi Musa a.s. setelah berlakunya proses pengasingan antara pengikut yang taat dan mereka yang was-was serta ingkar. 

- Maksud dan implikasi kepada turunnya perintah Allah swt kepada Nabi Musa as didalam Surah Yunus ayat ke-87.

- Jangkaan dan respon Firaun dalam menghadapi pelaksanaan perintah Allah swt oleh Nabi Musa as dan pengikutnya.

- Perintah Allah swt kepada Musa as dan Bani Israel untuk mula bergerak menuju Kiblat.

- Situasi yang berlaku ketika Bani Israel tersepit diantara Firaun dan Laut Merah sebagai ujian kepada mereka yang benar-benar beriman dan bertaqwa.

- Hanya golongan yang benar-benar bertaqwa yang betul-betul yakin
akan sanggup meninggalkan segala-galanya didunia daripada meninggalkan Islam mereka dan ramainya daripada mereka ini adalah dari golongan orang muda seperti yang berlaku pada Nabi Musa as dan Bani Israel disaat-saat genting dihari Asyura. Juga bertepatan dengan kisah pemuda Ashabul Kahfi didalam surah Al-Kahf.

- Campurtangan Allah swt disaat-saat akhir pertembungan antara yang haq dan yang batil dihari Asyura dimasa itu dan campurtangan ini akan kembali hadir pada hari penentuan antara yang haq dan batil itu nanti.

- Janji Allah swt untuk memelihara jasad Firaun dan penemuannya kembali akan menjadi tanda kekuasaanNYA, tanda kepada segala tanda bahawasanya masanya sudah tiba. Masa(countdown) kepada berulangnya kembali sejarah(kisah Nabi Musa as & Firaun) itu, yang akan menyaksikan pertembungan epik antara yang haq dan yang batil, dimana ianya akan diakhiri dengan campurtangan daripada Allah swt. Sesungguhnya ramai daripada kita lalai dan gagal mengenali tanda itu.

Kementari :-
Sheikh memberikan pandangannya sejarah berulangnya kembali hari asyura (hari perhitungan antara yang haq dan batil) bermula setelah 'tanda' itu ditemukan. Tanda itu ialah penemuan jasad Firaun. Penemuan ini adalah tanda bilamana manusia akhir zaman mengejar dan membuat pengulangan kepada kisah dan sejarah Firaun dan Nabi Musa a.s.

Tahun yang lebih kurang sama keatas jasad Firaun ini adalah sama dengan kewujudan gerakan zionist yang mana gerakan inilah yang telah membawa kepada tertubuhnya kembali negara Israel dan juga sekembalinya Yahudi (Bani Israel yang sudah bercampur/majmuk) kedalamnya. Perkara ini yang diberi petunjuk didalam Al-Quran sebagai tanda kepada Yakjuj dan Makjuj sebagai tangan dan tentera Dajjal.

Ianya juga harmoni dengan tafsirannya terhadap hadis Tamim Ad Dari yang dikatakan Dajjal itu keluar dari sebuah pulau. Sheikh mengenalinya pulau itu sebagai pulau Britain dimana Dajjal memulakan misinya didalam dimensi 1 hari seperti 1 tahun. Ianya juga bertepatan dengan garis masa penemuan jasad Firaun dan kewujudan zionis bilamana masa itu Britain adalah kuasa dunia yang paling utama sebelum ianya berpindah tangan kepada Amerika Syarikat yang Sheikh tafsirkan sebagai Dajjal pada dimensi 1 hari seperti 1 bulan. Apabila Israel Raya sudah terbentuk dan menggantikan kuasa Amerika pada masa itulah Dajjal beralih kepada dimensi 1 hari seperti seminggu. Baki 37 hari terakhirnya adalah 1 hari seperti hari kita dimana ianya berada didimensi yang sama yang mana pada masa itu baru kita akan dapat melihatnya dengan mata zahir, dan dia akan datang ke kuil dan singgah sananya di Jurusalem dari Timur dan diikuti oleh 70 ribu orang yahudi lain dari Isfahan.

Dajjal ini akhirnya akan dibunuh oleh Nabi Isa a.s. yang akan diturunkan semula nanti.

Wallahua'lam dan semoga mendapat manfaat.